Kawan Part1

10175108_861375887223543_147589488_n

nafee, hakim and me

Yang mana satu kawan yang mana satu lawan atau kawan punya kawan lama-lama jadi lawan. Itulah yang akan manusia akan lalui, lagi-lagi diusia muda. Tak semua kawan yang boleh duduk statik dengan kita dan tak semua kawan akan pergi, ada juga yang tak pergi-pergi.

Kadang-kadang kita terfikir, adakah itu salah kita atau salah kawan kita membuatkan kita renggang dengan kita? Aku sendiri mengalami masalah yang sama. Kadang-kadang kita dah buay yang terbaik untuk jadi kawan yang baik tapi kuasanya hendak mengajar kita dan membuat kita tabah.

Kawan yang baik takkan tinggalkan kawan dia bersendiri, takkan sakitkan hati kawanya, tapi mungkin kita terlalu baik sehingga pijak kepala. Bagi aku, aku akan menyalahkan diri aku sendiri kenapa terlalu bagi muka dan terlalu tunduk kepada mereka yang dipanggil kawan yang tidak bertangungjawab untuk menjaga hati kita, sedangkan aku dah buat yang terbaik.

Kita sedar bahawa kawan datang dan pergi, tapi dia pergi dengan kawan yang lain, tapi bila dia susah dia akan datang cari kita balik. Adakah itu elok diberi muka dan dipanggil kawan baik. Aku ada juga kawan yang telah dipijak oleh kawan aku lagi sorang tapi dia tetap tunduk ataupun sujud kat kawan yang telah pijak dia, aku sendiri kekadang tak sanggup nak tengok dia macam tu.